Cara Untuk Ubah Mindset: 3 Langkah Mudah, Mengikut Sains

Cara Ubah Mindset Tajuk

Dalam artikel ini, anda akan pelajari secara terperinci tentang langkah pertama untuk anda mencapai setiap sasaran yang anda inginkan dengan pelajari cara ubah mindset anda.

“Aku masih ada banyak masa lagi ke?”

“Apa yang aku nak bagitau anak-anak aku?”

Christine (bukan nama sebenar) merenung ke dalam mata doktornya, menunggu kata-kata harapan. Doktor memberitahu yang dia ada stage 2 kanser payudara. 

Maknanya kanser tersebut belum tersebar ke dalam payudara atau lymph node. 

Dia masih ada peluang untuk hidup. 

Selepas temujanji, Christine mengambil anaknya dari sekolah. 

Itulah perjalanan yang paling sunyi yang Christine pernah lalui. Fikirannya berkecamuk. 

Christine tidak mampu melihat anak-anaknya. Dia faham apa yang mereka akan bakal lalui. Dia rasa dia tidak mampu menahannya. Tiada ibu yang akan mampu. 

Christine ialah ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetap. Dia tiada duit untuk insurans.  

Tetapi dia tahu, apa jua rintangan yang bakal dia hadapi, dia perlu dan mesti atasi. 

Demi tiga orang anak lelakinya. Walaupun Christine amat takut, tetapi dia faham, anak-anaknya akan rasa lebih takut. 

Christine berjuang untuk mengalahkan kanser selama 7 tahun. 

Dia melalui pelbagai pembedahan, kemoterapi dan pembinaan semula payu dara selama 12 jam. 

Rakan-rakan dan keluarganya memanggil dia, “a true cancer survivor”.

Sekarang, Christine telah membuka organisasi non-profit tersendiri, untuk memupuk kesadaran tentang kanser payudara dan membentuk komuniti untuk wanita-wanita yang pernah lalui kisah yang sama sepertinya. 

Ramai tertanya-tanya, bagaimana Christine dapat bertahan tujuh tahun yang dipenuhi dengan keperitan dan kesakitan? 

Apa yang membuatnya jadi hebat dan kuat untuk boleh mengharungi kanser? 

Bagaimana Christine dapat ubah hidupnya dari seorang yang tiada wang untuk makan pada seorang yang mampu bercakap dan memberi inspirasi pada orang lain?

Woman giving speech

Ia bukan sahaja pertolongan dari doktor. Dan bukan sahaja rawatan kemoterapi.

Ia adalah keupayaan mental beliau. Ia adalah hendak beliau untuk terus hidup, untuk menjad lebih positif. 

Ia adalah ribuan positif affirmation yang beliau ulangi setiap hari yang rewire-kan otaknya untuk membentuk neuron-neuron yang membawa fikiran yang positif. 

Ia adalah mindsetnya. Dia ubah cara fikirnya. Dia tukar mentalitinya.  

Dan saya pasti, anda mesti sudah banyak mendengar kisah seperti Christine. 

Seorang insan yang mampu mengharungi segala ujian yang terkena padanya. 

Seorang insan yang mempunyai mindset yang sentiasa membuktikan bahawa dia boleh walaupun ia nampak seperti mustahil. 

Lihat Sam Cawthorn, Nick Vujicic, Oprah Winfrey. 

Mereka adalah insan biasa yang melalui situasi yang mustahil dan sukar, tetapi dengan keupayaan mental mereka dan determinasi mereka, mereka melonjakkan diri untuk menjadi insan yang hebat. 

Mereka bukan lebih pandai dari anda. 

Mereka bukan lebih hebat dari anda. 

Mereka mengubah mindset dan mempunyai mindset yang betul, mindset ini membentuk siapa diri mereka sekarang. 

Cuba anda bayangkan bagaimana kehidupan anda akan berubah bila anda mampu mengubah mindset anda. 

Cuba anda bayangkan kalau setiap hari anda bangun, dan jutaan neuron di dalam otak anda berkumpul dan menghantar signal bahawa anda hebat, yang anda pandai, yang setiap orang di sekeliling anda mahu mendengar cakap anda, yang anda akan perolehi pendapatan lebih tinggi. 

Anda akan menjadi lebih bahagia, anda akan mampu untuk menjadi orang yang berpengaruh dan anda pasti akan berjaya untuk mencapai setiap matlamat dan objektif anda. 

APA ITU MINDSET?

Mindset adalah cara otak anda proses realiti dunia ini yang akan membentuk tingkah laku anda, motivasi anda, reaksi anda, perasaaan anda dan fokus anda. Ia seperti kompas yang akan memandu arah tuju anda. 

Ia bukan sekadar koleksi pemikiran anda. 

Dr. Alia Crum, seorang psikologis dari Mind and Body Lab di Stanford mengkaji perhubungan antara mindset dan kesihatan. Dalam kajian tersebut, beliau perhatikan tingkah laku dan mindset 84 pekerja am hotel yang banyak melakukan aktiviti fizikal. 

Pekerja am hotel ini dibahagikan pada dua kumpulan: Kumpulan A diberitahu bahawa pekerjaan mereka merupakan senaman yang baik, dan Kumpulan B pula tidak diberitahu apa-apa.

Kumpulan A dan B

Berat badan dan tekanan darah kedua-dua kumpulan diukur. 

Selepas 4 minggu, berat badan kumpulan A telah turun sebanyak hampir 1kg dan tekanan darah pula telah turun sebanyak 10 point.

Kumpulan A dan B jawapan

Menurut Dr. Crum, hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa objektif manfaat kesihatan seperti penurunan berat badan bergantung bukan hanya pada apa yang kita lakukan, tetapi juga apa yang kita fikirkan tentang apa yang kita bakal lakukan. 

Jadi mudah sahaja, bukan? 

Kunci untuk mencapai setiap matlamat anda dan kunci untuk sukses ialah mempunyai mindset yang tepat. 

Bekerja keras, ketekunan, fokus dan kegigihan adalah hasil sampingan dari mindset yang betul. 

Dan mindset itu adalah universal. 

Ia boleh digunakan untuk setiap matlamat, acara atau projek yang anda punyai.

NEUROSAINS DI SEBALIK MINDSET DAN BAGAIMANA IA MENGUBAH OTAK ANDA

Otak anda mempunyai dua network atau jaringan khusus yang terlibat secara serentak antara satu sama lain apabila anda tengah membuat keputusan untuk melakukan sesuatu dan berfikir tentang bagaimana anda akan membuat sesuatu. 

Network tersebut adalah:

1. Dorsolateral Prefrontal Cortex (dlPFC)

Dorsolateral Prefrontal Cortex serta fungsinya

dlPFC adalah kawasan otak di bahagian frontal lobe dan merupakan sebahagian dari Executive Function Network di mana ia memainkan peranan untuk membuat keputusan secara conscious (sedar), merancang sesuatu dan memberi perhatian. 

Network ini juga membantu anda untuk menjadi “consciously present” bila anda sedang memahami apa yang anda sedang membaca sekarang. 

Ia membuat anda sedar tentang tingkah laku anda, fikiran dan perasaan anda dan juga merupakan tempat anda menunda dan bimbang. 

2. Default Mode Network (DMN)

Default Mode Network BM

DMN ialah proses imaginatif tidak sedar anda yang berlaku hampir setiap minit apabila fikiran anda mula mula melayang – ia berlaku bila anda berjaga tetapi tidak melakukan apa-apa aktiviti mental. 

Apabila otak anda terlalu aktif di bahagaian DMN ini, anda akan mula melamun dan sukar untuk fokus pada kerja anda. 

Pakar neurosains berkata, bahagian otak inilah yang buatkan anda terkenang pada kenangan lalu, membantu anda membayangkan masa depan anda dan menilai strategi apa yang anda harus ambil. 

Bila salah satu dari network tersebut menjadi sangat aktif (sama ada dlPFC atau DMN), network yang lagi satu akan menjadi tidak aktif.

Bahagian Aktif DMN

Apa yang anda fikirkan dipengaruhi oleh kitaran dlPFC dan DMN. 

Itulah mindset anda. 

Neurosains juga dapati bahawa otak anda, iaitu motor cortex dan cerebellum anda, akan membuat sesuatu tindakan sebelum anda membuat keputusan secara sedar atau conscious untuk melakukan tindakan tersebut. 

Maknanya, adanya kelewatan ataupun delay untuk memproses sesuatu tindakan. 

Dari itu, ahli neurosains dapati otak anda akan membuat tindakan berdasarkan habitual pattern atau memori dan keinginan naluri anda sebelum ia memutuskan secara sedar, apa tingkah laku yang anda patut ambil.  

(Ini bermaksud, kebanyakkan kerja dan tingkah laku yang anda buat adalah berdasarkan habit dan naluri anda.) 

Dan inilah sebabnya penting untuk anda membina dan tanamkan mindset kejayaan. 

Menurut ahli neurosains, Mark Waldman, kajian terkini menunjukkan bahawa hampir setiap masalah psikologikal dan kognitif berpunca apabila Dorsolateral Prefrontal Cortex (dlPFC) dan (Default Mode Network) DMN gagal untuk berinteraksi antara satu sama lain.

MENGAPA IA SUKAR UNTUK MENGUBAH MINDSET?

Sebelum anda belajar bagaimana anda boleh tukarkan mindset anda, anda perlu memahami mengapa ia sukar untuk mengubah mindset anda. 

Apabila otak anda berada dalam proses untuk mempelajari sesuatu informasi baru atau sedang menanam mindset yang bercanggah dengan kepercayaan lama atau mindset lama, otak anda akan merangsang tindak balas ancaman atau threat response yang akan membuatkan anda menjadi lebih berhati-hati dengan informasi atau mindset baru anda. 

Ini dikenali sebagai “cognitive dissonance.”

Ini adalah contoh cognitive dissonance: 

Bila anda mahu menjadi produktif, anda tahu bermain dengan telefon bimbit dan layari sosial media adalah benda yang anda tidak patut buat, tetapi anda tetap buat. 

Mengapa?   

Sebab dari segi neurologi, dissonance tersebut dapat dilihat dari konflik antara: 

woman showing dissonance

(a) dorongan biologi anda untuk semak telefon anda, di mana dopamine akan dilepaskan dari otak anda untuk merangsang perasaan keseronokkan dan 

(b) prefrontal lobe anda untuk memproses dan 

(c) hentikan tabiat buruk anda yang merupakan memory-encoded behaviour. Ia cuba halang anda dari berlamaan dengan gajet atau terus berhenti. 

Maknanya, ada tiga naluri neurologi yang bersaing antara satu sama lain. 

Dan itulah sebabnya, apabila anda baru membentuk mindset ataupun tabiat anda, anda akan rasa seolah ada rintangan. Dan anda akan rasa ia seperti amat sukar dan mustahil. 

Jadi bagaimana anda boleh atasi rintangan ini dan ubah mindset anda?

BAGAIMANA UNTUK UBAH MINDSET ANDA?

1. Faham bahawa mindset anda tidak tetap dan boleh berubah

Mindset Anda Tidak Tetap

Pakar psikologis dan profesor dari Stanford, Dr. Carol Dweck berkata, seseorang yang mempunyai fixed mindset (mindset yang tidak berubah) percaya bahawa kebanyakan kualiti seperti kepandaian tidak boleh diubah. 

Dan ia juga bermaksud, mereka akan lebih cenderung untuk membuktikan bahawa merekalah yang betul dari belajar dari kesilapan mereka. 

(Dan mereka juga adalah orang yang berkemungkinan besar akan meniru waktu peperiksaan untuk menjaga air muka.) 

Dr. Carol juga berkata bahawa terdapat juga mindset yang lain, iaitu, growth mindset di mana anda percaya dan yakin bahawa kualiti yang anda ada sejak dilahirkan boleh dipupuk dengan usaha dan ketekunan.  

Antara langkah utama untuk mengubah mindset anda ialah untuk memahami jenis mindset yang anda miliki sekarang. 

Walaupun ia nampak mudah, ramai yang selalu abaikan langkah pertama ini. 

Apabila anda sudah memahami jenis mindset yang anda miliki, anda boleh bertanya pada diri anda soalan-soalan supaya anda boleh melangkah ke arah mindset yang anda inginkan. 

Selalunya, mindset anda dikawal oleh soalan yang anda tanya pada diri anda dan jawapan yang anda berikan. 

Contoh soalan yang boleh anda tanya: 

Apa yang harus saya lakukan untuk mengubah perspektif saya? 

Mengapa saya berfikir seperti itu?

Apakah mindset yang saya inginkan? Adakah saya benar-benar inginkannya?

Jika saya dapat mindset yang saya inginkan, apakah perubahan yang saya akan lihat pada diri saya?

2. Meditasi / Relaksasi

Tajuk Meditasi

Ambil masa selama 3 hingga 5 minit untuk duduk dan tarik nafas panjang. Ketika itu, cuba anda perhatikan persekitaran anda secara mindful atau secara sedar. 

Anda boleh cuba untuk menguap dan membuat gerakan stretching atau regangan secara lembut dan perlahan untuk merehatkan diri anda. 

Perhatikan aktiviti yang sedang berlangsung di dalam otak anda. 

Lihat apa yang otak anda sedang lakukan. 

Perhatikan setiap perubahan pada fikiran dan perasaan anda. 

Apa yang anda sedang perhatikan ialah Default Mode Network yang kita bincangkan tadi. 

Dalam keadaan ini, cuba fokuskan diri anda terhadap matlamat yang anda ingin capai, atau sikap dan perasaan yang anda inginkan. 

Ini akan membuatkan anda rasa lebih senang untuk memfokuskan diri anda bila perlu. 

Apa yang sedang berlaku ialah anda sedang merangsang Saliance Network yang akan membolehkan anda secara sedar untuk seimbangkan antara fokus terhadap matlamat dan juga membolehkan anda untuk relaks dan mencari solusi terhadap masalah anda.

Salience Network dan fungsinya

(Kita bincang pasal kitaran dlPFC dan DMN di sini.)

Bila anda merangsang Salience Network, anda akan boleh mempengaruhi dan ubah bagaimana anda berfikir dan juga mindset anda.

3. Buang mindset self-sabotaj

Buang Mindset Sabotaj Kendiri

Kadangkala, mempunyai kepercayaan negatif perlu kerana itulah cara otak anda cuba untuk memastikan anda sedar dengan persekitaran anda.    

Tetapi, kepercayaan itu jugalah yang akan menarik anda dari apa yang anda ingin capai. 

Dan inilah yang saya panggil mindset sabotaj kendiri atau self-sabotage mindset. 

Apakah solusi paling efektif untuk ubah mindset sabotaj kendiri? 

Mungkin anda beringin untuk mengurangkan berat badan atau anda nak bermula bangun pada awal pagi, tetapi anda tidak membuat apa pun progress.  

Anda perlu ambil masa dan: 

  1. Apa tingkah laku yang anda telah ambil? 
  2. Apa yang anda ingin mencapai?
  3. Mengapa anda perlu mencapai perkara tersebut?
  4. Bagaimana anda akan mencapai perkara tersebut? 

Tuliskan rancangan anda, langkah yang anda perlu ambil supaya anda boleh berjaya. 

Jika anda tidak tahu apa yang anda sepatutnya lakukan, cari orang yang anda percaya untuk berikan panduan. 

Tuliskan juga beberapa cara yang mungkin anda akan gunakan untuk sabotaj gol anda. Dan fikirkan cara untuk anda mengatasinya. 

Cuba lakukan langkah ini pada setiap pagi dan malam, dan anda boleh menilai prestasi anda. 

Selepas seminggu, anda akan menjadi lebih baik dalam mengenal pasti kelakuan dan self-sabotage mindset dan anda akan mampu untuk mengatasinya dengan senang.

MENGAPA ANDA MASIH TIDAK BERUBAH?

Mengapa anda masih tidak berubah tajuk

Mesti anda pernah dengar senario ini: 

Anda telah sertai pelbagai program motivasi, anda telah baca segala tip dan informasi tentang membaiki diri anda untuk menjadi orang yang hebat. 

Pada awalnya, anda rasa anda telah berubah. 

Anda lebih bertenaga. 

Anda rasa hidup menjadi lebih bermakna buat anda. 

Anda yakin anda akan mampu untuk mencapai matlamat anda. 

Tetapi, selepas beberapa minggu, anda telah kembali pada tabiat lama anda. 

Duit, tenaga dan masa anda hilang dengan begitu sahaja. 

Anda berasa segala usaha anda adalah sia-sia. 

“Mungkin takdir aku untuk jadi orang yang tidak berjaya.” 

“Aku tidak mungkin akan dapat berubah.” 

“Aku dah cuba. Memang mustahil.” 

Mengapa semua ini berlaku pada anda? 

Jawapan mudahnya: otak anda!

Ini analogi yang mudah:

Illustration of hardware and software of brain

Program motivasi yang anda kerap pergi dan mindset yang anda gigih untuk ubah adalah seperti software komputer. 

Software tersebut memang canggih, software yang terkini dan mengintegrasikan teknologi yang baru. Tetapi software perlu beroperasi di komputer atau hardware yang bagus. 

Dalam konteks ini, hardware-nya adalah otak anda. 

Jadi, jika hardware anda usang dan ketinggalan zaman, apa-apa jua software yang anda cuba untuk instal, mesti mustahil untuk berfungsi. 

Jadi tidak hairan mengapa ramai sukar untuk beristiqamah apabila cuba untuk mengubah diri untuk menjadi lebih hebat. 

Jika anda mahu perubahan yang berkekalan dan mahu menjadi insan yang anda bayangkan, anda mesti perbaiki otak anda dahulu.

KONKLUSI

Mindset anda adalah salah satu senjata yang paling ampuh yang anda boleh miliki untuk mendorong anda ke arah kejayaan. 

Lihat gambar di bawah. Inilah neural network otak anda.

neural network

Mindset anda, tabiat anda, kepercayaan anda, di-wire seperti itu di dalam otak anda. 

Untuk membentuk mindset yang baru, ia memerlukan anda untuk melatihkan otak anda setiap hari dan ulangi latihan dan teknik ubah mindset yang anda pelajari dari artikel ini. 

Dan apabila anda sedang gigih untuk membentuk mindset untuk menjadi lebih hebat, jangan lupa untuk memperbaiki otak anda juga. 

Saya harap anda telah peroleh pelbagai input dan nilai dari artikel ini. 

Sekarang saya nak dengar dari anda pula. Apakah mindset yang anda ingin ubah? 

Apakah strategi yang anda akan gunakan? 

Beritahu saya di bahagian komen di bawah. 

Artikel oleh:

Dr. Rizal Abu Bakar

Dr. Rizal adalah CEO  Malaysia Brain Academy dan Brain Expert Sdn Bhd. Beliau banyak menghabiskan masanya dengan mengkaji dan belajar tentang otak. 

Read-More-Dr-Rizal

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Affirmation Placeholder Image

Sikit lagi!

Masukkan emel anda supaya anda boleh dapatkan E-book  “30 Brain-Based Affirmations”