OTAK CANTIK, HIDUP HEBAT

Matlamat kami di Malaysia Brain Academy adalah untuk membantu anda untuk membaiki otak anda dengan bahan-bahan kami. Untuk anda, ia akan bermaksud anda akan menjadi lebih bahagia, kaya, sihat dan anda akan menjadi versi terbaik diri anda.

MENGAPA OTAK?

Kami percaya bahawa kesihatan anda secara menyeluruh, kesejahteraan anda dan sukses anda berkait dengan keadaan otak anda. Apabila otak anda tidak sihat, untuk apa jua sebab, anda akan menjadi lebih sedih, miskin, sakit, membuat keputusan yang tidak bijak dan yang akan menjejaskan kesihatan anda.

Program – program secara langsung kami seperti Neuro-Coaching dan juga buku-buku kami adalah unik dan berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan dan telah berjaya menghasilkan kejayaan yang tinggi menggunakan kaedah paling selamat dan efektif supaya anda boleh menjadi diri yang anda idami. 

Kami mahu anda tahu bahawa anda bukan selamanya terkunci dengan otak yang anda miliki – anda mampu mengubahnya dan kami boleh membantu anda untuk mengubah hidup anda. 

INI DR. RIZAL

About-Page-Dr-Rizal-.jpg

INI DR. RIZAL

Dr Rizal merupakan pengasas dan CEO Malaysia Brain Academy dan juga Brain Expert Sdn Bhd. Pada tahun 2012, Dr Rizal menerima latihan lanjutan daripada Harvard Medical School dan University of Pennsylvania dalam otak dan tidur. Beliau berkhidmat selama 10 tahun di Australia dan memegang beberapa jawatan seperti menjadi Youth Psychologist di Cardinia-Casey Community Mental Health di Melbourne.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Sleep Scientist di Canberra Laboratory. Sumbangan beliau dalam bidang psikologi telah menjadikan beliau sebagai seorang Fellow di St Vincent Hospital di Melbourne dan juga sebagai Senior Clinician di Psychiatric Department, Goulburn Valley Health di Melbourne. Di Melbourne, beliau didedahkan kepada brain imaging.

Pada tahun 2012, beliau pulang ke tanah air. Pada tahun 2015, setelah menjadi Certified NLP Practitioner, Certified Lab Profilier dan Certified NLP Coach Terbaik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Pada tahun yang sama, Dr Rizal bermula membuat seminar secara langsung di Malaysia. Indonesia, Australia dan Singapura. Beliau juga selalu menjadi tetamu jemputan di Astro Awani, TV Al-Hijrah dan Ikim.fm.