"Leadership is a combination of brain and heart. Pemimpin bukan sekadar mengurus cara kerja, tetapi membentuk budaya kerja, teamwork dan cara sesebuah organisasi berfungsi. Program Leading The Brain ini sangat relevan kerana ia membantu peserta memahami diri mereka terlebih dahulu — cara mereka berfikir, membuat keputusan, berinteraksi dan berkomunikasi. Peserta yang hadir ialah middle managers, dan mereka inilah bakal menjadi pemimpin penting dalam perkhidmatan awam. Jadi program seperti ini menjadi persiapan awal untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin yang hebat. Saya juga kagum kerana kepakaran seperti ini ada di Malaysia. Selalunya kita mencari rujukan luar negara tentang neuroscience dan leadership, tetapi kadang-kadang mereka tidak faham konteks dan situasi kita. Program ini sangat relevan dengan keperluan tempatan. Secara jujurnya, program ini perlu dilaksanakan lagi. Content-nya heavy, tetapi bukan membosankan — ia sangat relevan dan membuatkan peserta bermuhasabah tentang kelemahan diri dan bagaimana untuk menjadi lebih baik. Kalau saya perlu beri satu perkataan untuk program ini: excellent."
Azham bin Zainal Abidin, Director Leadership Development Centre, Razak School of Government