Neuroleadership & Emotional Regulation for Workplace Performance
A brain-science training to improve executive function, motivation, and performance.
DetailsHow food, sleep, and daily habits rewire your brain - backed by 20,000 brain scans.
Start NowAs appeared on
A brain-science training to improve executive function, motivation, and performance.
DetailsHe has analysed over 20,000 brain scans. All to answer one question: what does food do to the brain?
He trained where the answers are - a PhD from the Australian National University, brain and sleep science at Harvard and the University of Pennsylvania, nutrition science at Stanford.
Now he brings it home. Through Malaysia Brain Academy, he shows you how food, sleep, and daily habits reshape your brain - for a clearer mind, sharper focus, and the steadiness to lead a team without burning it out.
His message has not changed since the lab: your brain is not fixed. Change what feeds it, and you change what it can do.
"Perubahan yang paling besar untuk kami sekeluarga ialah cara pemakanan. Sebelum ini, saya mudah tertarik untuk cuba makanan viral. Tetapi selepas belajar dengan Dr. Rizal, saya mula faham apa yang perlu dielakkan dan apa yang baik untuk tubuh. Di rumah, kami sudah tidak simpan gula, susu pekat atau tepung. Bila makan di luar pun, kami sekeluarga sudah biasa tidak order air manis. Sebagai seorang guru, perubahan yang paling ketara ialah saya tidak pernah ambil MC selama dua tahun ini. Anak saya juga alhamdulillah semakin jarang sakit. Bagi saya, ilmu yang Dr. Rizal kongsikan bukan sekadar tentang pemakanan, tetapi tentang cara kita menjaga kehidupan. Saya sedar, kalau kita sakit, kos mencari ubat jauh lebih mahal daripada melabur untuk ilmu yang boleh bantu kita elakkan perkara yang tidak perlu."
Amir Abdul Hamid, Teacher
"Ilmu yang dikongsikan memang luar biasa. Bila kita buat, kita dapat result — dan yang penting, ia mudah untuk diamalkan. Dari segi pemakanan, dulu saya biasa ambil makanan berat seperti nasi lemak atau mi goreng pada waktu pagi. Tapi selepas belajar, saya tak sangka saya boleh ubah rutin pagi saya kepada makan buah sahaja — dan ia boleh bertahan sampai waktu makan tengah hari. Dari segi senaman pula, saya bukan seorang yang suka exercise. Tapi program ini trigger saya untuk mula berjogging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bagi saya, ilmu ini bukan sekadar teori. Bila kita tahu dan kita buat, insya-Allah kita akan nampak hasilnya."
Nurul Auni, Dentist
"Untuk mencapai big why dalam hidup, kita perlu betulkan otak dan mindset terlebih dahulu. Selama ini saya sedar, banyak perkara yang saya gagal capai bukan sebab saya tidak mampu, tetapi kerana saya belum betulkan cara saya berfikir. Program ini membuka mata saya tentang potensi otak yang sebenarnya. Kalau kita mahu kehidupan yang lebih baik dan mahu menjadi insan luar biasa, kita perlu gali kekuatan diri melalui otak kita sendiri. Bagi saya, dua hari program ini tidak mencukupi. Ia seperti satu preview kepada ilmu yang lebih besar. Kalau ada program advance, insya-Allah saya akan hadir lagi."
Mohammad Noor
"Saya mula-mula join program Dr. Rizal sebab prestasi otak saya waktu itu tidak berapa bagus. Dulu saya boleh ingat dan boleh bercakap sampai satu jam untuk beri ceramah, tapi selepas itu saya mula susah nak ingat. Apa yang saya suka, ilmu Dr. Rizal memang canggih, tapi diterangkan dengan cara yang mudah dan praktikal. Saya boleh terus amal. Selepas ikut apa yang diajar, saya belajar bagaimana untuk tingkatkan prestasi otak. Kalau dulu saya selalu tertidur dan selalu terlupa, sekarang saya nampak perubahan yang besar. Bukan itu sahaja, badan saya juga semakin mengecil sampai saya terpaksa pakai baju anak-anak saya. Baju lama semua sudah terlalu besar. Dulu saya ada kencing manis. Sekarang, alhamdulillah ia lebih terkawal, dan saya masih terus buat pemeriksaan dengan doktor untuk pastikan keadaan saya sihat."
Omar, CEO
"Saya mengikuti OCOC online dan banyak perubahan berlaku dalam diri saya. Sebelum ini, selama 8 tahun saya tidur kurang nyenyak. Selepas Dr. Rizal berkongsi cara-cara untuk mendapatkan tidur yang lebih baik, alhamdulillah saya mula dapat tidur dengan nyenyak. Apa yang saya suka, program online ini bukan hanya saya seorang yang tonton. Saya ikut bersama keluarga — ibu saya, adik saya dan suami saya pun dapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan. Kami gunakan dan ikut apa yang Dr. Rizal sarankan. Ia sangat membantu, terutama bila masa kami terhad dan waktu program pun sesuai."
Maryam Muneerah, Arabic Teacher
"I teach people about how the brain processes information, so we can understand ourselves and others better, and live in a more harmonious way. I’ve known Dr. Rizal for the past few years, and what stands out to me is his focus and consistency. He is not someone who only teaches knowledge — he lives it. He sleeps early, wakes up early, jogs every morning, and leads a healthy life. I’ve observed him from afar, and when I saw his program was coming up, I bought my ticket without thinking twice. For me, Dr. Rizal is a real guru. He leads by example and helps others live in a healthier, more focused, and more consistent way."
Elle Filani, Psychologist
"Saya mula tertarik dengan program Dr. Rizal sebab saya sedang menghafal Quran, tetapi rasa hafazan saya agak lambat. Saya tertanya-tanya kenapa ada masa otak saya rasa slow, dan ada masa rasa laju. Selepas belajar, saya mula faham tentang otak, tidur, pemakanan dan bagaimana semuanya memberi kesan kepada proses belajar. Antara perubahan yang saya nampak ialah hafazan saya jadi lebih laju sedikit, badan saya susut, kulit nampak lebih cerah, dan saya lebih berhati-hati dengan makanan serta minuman bergula. Perubahan paling besar bagi saya ialah tidur. Sebelum ini saya susah tidur sampai kadang-kadang berjaga hingga pukul 3 pagi atau hampir subuh. Selepas ikut beberapa perkara yang Dr. Rizal ajar, seperti kurangkan gula, ubah rutin malam dan kawal penggunaan skrin, alhamdulillah saya boleh tidur lebih awal — kadang-kadang pukul 9 malam saya sudah tidur."
Khairul, Student in Usuluddin
"Leadership is a combination of brain and heart. Pemimpin bukan sekadar mengurus cara kerja, tetapi membentuk budaya kerja, teamwork dan cara sesebuah organisasi berfungsi. Program Leading The Brain ini sangat relevan kerana ia membantu peserta memahami diri mereka terlebih dahulu — cara mereka berfikir, membuat keputusan, berinteraksi dan berkomunikasi. Peserta yang hadir ialah middle managers, dan mereka inilah bakal menjadi pemimpin penting dalam perkhidmatan awam. Jadi program seperti ini menjadi persiapan awal untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin yang hebat. Saya juga kagum kerana kepakaran seperti ini ada di Malaysia. Selalunya kita mencari rujukan luar negara tentang neuroscience dan leadership, tetapi kadang-kadang mereka tidak faham konteks dan situasi kita. Program ini sangat relevan dengan keperluan tempatan. Secara jujurnya, program ini perlu dilaksanakan lagi. Content-nya heavy, tetapi bukan membosankan — ia sangat relevan dan membuatkan peserta bermuhasabah tentang kelemahan diri dan bagaimana untuk menjadi lebih baik. Kalau saya perlu beri satu perkataan untuk program ini: excellent."
Azham bin Zainal Abidin, Director Leadership Development Centre, Razak School of Government