"Perubahan yang paling besar untuk kami sekeluarga ialah cara pemakanan. Sebelum ini, saya mudah tertarik untuk cuba makanan viral. Tetapi selepas belajar dengan Dr. Rizal, saya mula faham apa yang perlu dielakkan dan apa yang baik untuk tubuh. Di rumah, kami sudah tidak simpan gula, susu pekat atau tepung. Bila makan di luar pun, kami sekeluarga sudah biasa tidak order air manis. Sebagai seorang guru, perubahan yang paling ketara ialah saya tidak pernah ambil MC selama dua tahun ini. Anak saya juga alhamdulillah semakin jarang sakit. Bagi saya, ilmu yang Dr. Rizal kongsikan bukan sekadar tentang pemakanan, tetapi tentang cara kita menjaga kehidupan. Saya sedar, kalau kita sakit, kos mencari ubat jauh lebih mahal daripada melabur untuk ilmu yang boleh bantu kita elakkan perkara yang tidak perlu."
Amir Abdul Hamid, Teacher